Wednesday, May 1, 2013

Tazkirah Ringkas Dari Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki..

sumber :http://jsny.blogspot.com/2012/01/tazkirah-ringkas-dari-syeikh-nuruddin.html

Terdapat beberapa perkara yang dapat dihighlightkan di sini: 

Pertama:
Kita malas ke surau/masjid bukan kerana kita malas.. Tetapi kerana surau atau masjid itu sendiri tidak merindui kita. 

Kedua:
Mengapa surau atau masjid tidak merindui kita? 
Jawapan: Kerana kita tidak menghormatinya. 

Ketiga:
Apakah contoh perbuatan tidak menghormati surau atau masjid? 
Jawapan: Bercakap2 di dalamnya.. Membuang masa, membuat perkara2 lagha...Begitu juga dengan ilmu dan Al-Quran. 

Keempat:
Mengapa kita belajar tetapi tidak lekat di kepala? Mengapa kita menghafaz tetapi cepat lupa?
Jawapan: Bukan kerana kita yang pelupa.. Tetapi ilmu atau ayat quran tersebut yang rasa tidak dihormati lalu lari dari kita. 

Kelima:
Antara contoh tidak menghormati Al-Quran atau ilmu ialah meletakkan Al-Quran atau kitab2 di tempat yang rendah. 

Keenam:
Selain itu, syeikh juga menggalakkan kita untuk berzikir sebanyak2nya..Antaranya.. Subhanallah (ianya akan memenuhi timbangan) danAlhamdulillah (ianya memenuhi langit dan bumi). 

Ketujuh:
Banyakkan membaca bismillah (insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah).

Kelapan:
Amalkan Surah Al-Fatihah dan dibacakan kepada air 7 kali lalu diminum.. Insya Allah.. Sembuh penyakit (baca dengan yakin..)




Selamat beramal..
Barakallhufik..




No comments:

Post a Comment