blogspotlasak
Monday, March 24, 2014
Wednesday, May 1, 2013
Penulisan Karangan UPSR
Karangan Promosi
Contoh Karangan UPSR
|
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Permainan Bahasa
Antara permainan bahasa :
· Sisip Suku Kata
· Delapan Kata
· Jejak Kata
· Lingkaran Kekata
· Menangga Kekata
Koleksi Peribahasa
Antara koleksi bahasa :
1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]
2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering
bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]
3. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa
gembira]
4. Berbual di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]
5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila
memperkatakan sesuatu]
6. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru
bertindak]
7. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan
sementara mendapat pekerjaan yang tetap]
8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang
senang dibuat kemudian]
9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan
sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]
10. Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]
Jabatan kedua Pulau Pinang
PM lakar sejarah rentas Jambatan Kedua PP
Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja ke Pulau Pinang hari ini singgah meninjau perkembangan projek jambatan yang sudah menjangkau 94 peratus siap dan dijangka dibuka kepada umum pada September ini.
Perdana Menteri yang tiba di rentang tuju utama jambatan berkenaan kira-kira pukul 3.15 petang sempat beramah mesra dengan kakitangan Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKSB) dan menikmati hidangan minum petang di tengah-tengah jambatan berkenaan.
Terdahulu, Najib yang yang baru tiba dari Kedah merasmikan upacara merentasi jambatan berkenaan sebelum menyusuri hingga ke Batu Kawan, Seberang Perai.
Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Pengerusi JKSB, Tan Sri Sulaiman Mahboob; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.
Sementara itu, Pengarah Urusan JKSB, Datuk Ir. Dr. Ismail Mohamed Taib berkata, kehadiran Perdana Menteri sangat bermakna memandangkan kerja-kerja penyambungan jambatan di atas laut sepanjang 16.9 kilometer itu telah disiapkan.
"Dengan majlis ini, kita memberi keutamaan kepada Perdana Menteri untuk menyusuri jambatan secara rasmi dari Batu Maung di sebelah pulau hingga susur keluar di Batu Kawan," katanya.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130501/dn_02/PM-lakar-sejarah-rentas-Jambatan-Kedua-PP#ixzz2Rzc38yWy
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Zalimnya Pengganas Di Lahad Datu
Zalimnya Pengganas Di Lahad Datu
LAHAD DATU: KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA
SEMUA MESTI BACA :
Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.
Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..
Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.
Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.
Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.
Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!
Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb .
Sistem Bahasa - Kata Adjektif
Sistem Bahasa - Kata Adjektif
Kata Adjektif ( Kata Sifat )
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan
sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
A. Jenis-jenis kata Adjektif
Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan
sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan �bagaimana� / �yang mana�
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau
selonggok-selonggok.
selonggok-selonggok.
Contoh :
Setiap pelajar mesti berdisiplin.
Ambil barang masing-masing.
2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan
Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.
B. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.
3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak
.
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Sumber : http://maribelajar.forumotion.com/t675-nota-tatabahasa
TATABAHASA
TATABAHASA
Penggunaan pada dan kepada
KATA sendi nama pada digunakan dalam ayat untuk menunjukkan beberapa tujuan, iaitu untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat; dan digunakan juga dalam ungkapan ada + pada (untuk manusia dan haiwan).
Untuk menunjukkan keterangan waktu, antara contoh penggunaannya dalam ayat:
- Dia tidak sedarkan diri pada masa itu
- Pemergiannya ke Mekah pada tahun ini.
- Kebakaran pada malam itu, satu tragedi bagi keluarganya.
Ayat contoh yang menunjukkan penggunaan pada untuk tempat bagi perbuatan sesuatu kerja ialah
- Lukislah rajah separuh bulatan pada kertas putih ini.
- Tali sabut pada batang pokok itu lapuk.
- Maklumat itu ditampal pada papan kenyataan.
Kata sendi nama pada apabila didahului oleh perkataan ada mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. Contohnya:
- Wang itu ada pada ayah.
- Subang berlian itu ada pada kakak.
- Sifat liar ada pada setiap binatang.
Harus diingat bahawa kata sendi nama pada tidak boleh digunakan untuk maksud sasaran. Misalnya
- Pada siapakah bungkusan ini hendak diserahkan?
(seharusnya: Kepada siapakah bungkusan ini hendak diserahkan?)
- Kecurian itu mesti dilaporkan pada polis.
(seharusnya: Kecurian itu mesti dilaporkan kepada polis).
Dalam ayat 10 dan 11, kata sendi nama pada tidak boleh saling bertukar ganti dengan kata sendi nama kepada kerana padatidak digunakan untuk maksud sasaran.
Sebagai hasil perkembangan bahasa Melayu, kata sendi nama pada dapat digunakan juga dalam bentuk-bentuk ungkapan seperti yang berikut:
- Pada saya, kelincahannya bermain sangat mengagumkan.
- Kisah itu hanya cerita karut sahaja pada pandangan saya.
Kata sendi nama kepada ialah kata sendi yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan tiga perkara, iaitu
- menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia;
- menyatakan pecahan; dan
- menyatakan perubahan keadaan.
Untuk fungsi (i), ayat contohnya adalah seperti yang berikut:
14.
(a) Jangalah berbuat jahat kepada orang. (sasaran manusia)
(b) Kepercayaan kepada yang karut-marut itu masih tebal. (unsur mujarad)
(c) Beberapa ketul daging dilemparkannya kepada harimau itu. (sasaran haiwan)
(d) Buku teks percuma dihantar kepada pihak sekolah. (institusi)
Bagi menunjukkan pecahan, kata sendi nama kepada digunakan dalam ayat-ayat contoh yang berikut:
- Peserta kursus motivasi dibahagikan kepada tiga kumpulan.
- Tanah satu hektar itu dipecahkan kepada empat lot.
Seterusnya, bagi maksud menyatakan perubahan sesuatu keadaan,kepada digunakan seperti maksud dalam ayat-ayat contoh berikut:
- Suhu bilik ini meningkat kepada 38˚C.
- Perubahan daripada pendiam kepada peramah itulah sikapnya yang baharu
Kata sendi nama kepada sering berpasangan dengan kata sendi nama daripada, seperti contoh yang berikut ini:
- daripada ayah kepada ibu
- daripada 37˚C kepada 39˚C
- daripada muda kepada tua
Perlulah diingat bahawa kata sendi nama kepada tidak boleh digunakan untuk tujuan merujuk tempat. Ayat-ayat contoh (21) dan (22) yang berikut ini tidak betul tatabahasanya.
- Perjalanannya daripada Kajang ke Kuala Lumpur.
(seharusnya: Perjalanannya dari Kajang ke Kuala Lumpur.)
- Padi seguni itu dipikulnya daripada bendang kepada rumah.
(seharusnya: Padi seguni itu dipikulnya dari bendang ke rumah.)
Demikianlah huraian tentang cara penggunaan kata sendi nama pada dan kepada dalam ayat Bahasa Melayu. Berhati-hatilah menggunakan kedua-dua kata sendi ini agar digunakan dengan betul dan tepat.
sumber:Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
Subscribe to:
Posts (Atom)