Saturday, April 20, 2013

REFLEKSI TUGASAN BLOG




NAMA : MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHAMAD YUSOF
KELAS : BM2

Pertamanya bersyukur ke hadrat Allah dan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing. Alhamdulillah berkat usaha yang gigih serta bantuan pensyarah pembimbing akhirnya dapat menyiapkan tugasan membina blog. Saya bertekad membuatnya dengan baik kerana tidak mempunyai pengalaman sebelum ini. Setelah banyak meneroka dan mencuba saya berasa seronok dan dapat juga membina blog sebagaimana arahan.
         Banyak perkara yang boleh saya perbaiki hasil pembelajaran daripada tugasan ini. Saya harus menambahkan lagi pengetahuan dan masih terlalu banyak perkara yang saya belum ketahui. Terutamanya di bahagian memuat turun dan menyusun data supaya kemas dan mesra pengguna. Saya harus memperbaiki cara penyampaian supaya pengguna mudah faham dan boleh menggunakan aplikasi yang disediakan tanpa sebarang kekeliruan atau masalah lain.
         Masalah yang dihadapi bagi saya ialah muat turun menggunakan perisian yang berbeza. Sama juga ketika saya ingin meletakkan audio dalam blog. Setelah mencuba dengan kaedah cuba jaya akhirnya terhasil juga walaupun tidak begitu baik. Perasaan selama menyiapkan tugasan ini sungguh teruja dan penuh keseronokan kerana dapat mempelbagaikan persembahan blog mengikut cita rasa sendiri.
         Selain itu saya dapat berkongsi idea dan maklumat bersama rakan seperjuangan. Walau bagaimana pun saya perlu bergantung maklumat sepenuhnya kepada Pensyarah Pembimbing kerana menyediakan satu jadual yang sangat bersistem agar tugasan yang akan kami lakukan nanti lebih tersusun.
        Akhir kata semoga ilmu berkaitan ICT ini mampu mendorong saya menjalani tugas sebagai pendidik.

2 comments: